Lovaith ;)

Hi there :))

Umm.. just call me Farah, 17, Islam.
"..if Allah brings you to it, He will brings you through it.. cause Allah loves you more than anyone else.."
I post and reblogged anything that inspire or mean something to me.

Assalamualaikum.. :)





1/22 »

(Source: mystandards, via asweetofcandy)




JawabNYA: Kerana wanita itu unik.

AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,

AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,

AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,

AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,

AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,

AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,

AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Allahu rabbi, beruntungnya kau duhai wanita :’)

(via simple-soft-sweet)



“Awak, sorryyy..
bila awak pandang kite , kite selalu pandang arah lain..
kite bukan apa, kite malu laa..
nanti bile kita dah betul2 ‘official HALAL couple’
kite tenung awak lame2 k…
sampai terkeluar biji mata pun takpe..
kite tak nak tengok orang lain dah.. :p”

Jiwa Muda (via cococoda)

(via simple-soft-sweet)



tersenyum-melihat-langit:

Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian?

Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan.

Ketika yang lain sibuk mengadu kepada…


HAHA :D

HAHA :D

(via aishahshariff-deactivated201202)




Wahai diriku…

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai diriku….

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Ya Allah :’)

(Source: seindahnurmutiara.blogspot.com, via simple-soft-sweet)


althafunnisa:

;(

althafunnisa:

;(

(Source: theirgraves, via simple-soft-sweet)




Wahai sahabat tumblr ku sekelian..

aku ingin kamu semua ketahui perkara ini..

agar kelak kita akan perolehi kebaikan yang sama

InsyALLAH

RAHSIA DISEBALIK SOLAT

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Al-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.

Duduk Antara Dua Sujud (awal)
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh munkar & nakir di dalam kubur.

Selawat ke atas Nabi SAW
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah.


(via haneylikestars)

(via simple-soft-sweet)



Dia tak cantik menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.

Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa,
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.

dan dia, ya dia selesa begitu.

Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu.

Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.

Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.

Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba,
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba,
kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.

Ya, dia selesa begitu.


(via tersenyum-melihat-langit)

(via simple-soft-sweet)


numberismypassion:

Islamic Quotes on We Heart It. http://weheartit.com/entry/17644592

numberismypassion:

Islamic Quotes on We Heart It. http://weheartit.com/entry/17644592

(via simple-soft-sweet)




bukan senang nak cari sahabat yg betul2 shbt,
kebanyakannya, hanya ada bila ada kepentingan,
ayat2 manis, muka2 comel semua ada time perlu,
time tak perlu,pandang pun xnak, apatah lg berhubung…

biarlah apa yg orang nak buat pd kita,
semua tu hanya ujian Allah bg nak uji iman kita,
sbb antara kita, bkn semuanya sempurna,
dan biarlah apa yg orang nak buat pd kita,
sbb fungsi kita membantu dan memberi selagi mampuuu,
takpe, pahala kita dpt tlg org kan.. :)

bila terlalu hrp dan bergantung pd manusia,
kita akan rasa jatuh dan lemah,
sedangkan ALLAH, sekalipun x pernah tinggalkan kita,
sekalipun x pernah,cuma kita, yg selalu lupakan Allah :(
jgn risau, dlm ramai2 org dlm dunia ni, Allah dah hadirkan ramai lg syg kita,
ramai lg concern fasal kita, ramai lg yg ikhlas dan jujur berkwn dgn kita..
hargai mrk sebaik2 mungkin..


(via muliyana)

(via simple-soft-sweet)



Setiap. Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.


(via tersenyum-melihat-langit)

(via simple-soft-sweet)



“Wanita yang suka melayan ramai lelaki, tidak sesuai dijadikan isteri.”

Ustaz Azhar Idrus (via sidratulmuntaha)

(via simple-soft-sweet)


simple-soft-sweet:

subhanaALLAH! <3

simple-soft-sweet:

subhanaALLAH! <3



redismerahh:

But I hate it even more if I keep repeating them :(

redismerahh:

But I hate it even more if I keep repeating them :(